SEBUAH PERMULAAN

   
Assalamualikum warahmatullah.., alhamdulilah setelah sekian lama ana mengidam  untuk menjadikan arus media terkini iaitu internet sebagai medan dakwah dan perigatan untuk mengigati diri ana sendiri  para sahabat serta remaja  pada masa yang penuh dengan pancaroba dantekana dunia..em,, coretan ini sebagai satu permulaan dakwah dan jalan mujahadah untuk menjadikan media  ini sebagai arus elektronik yang memperjuangkan agama allah dan memperingati  semula setiap perkara yang telah diajarkan oleh Rasullulah s.a.w  yang pada masa ini telah banyak yang kita tinggalkan dan paling menyedihkan terdapt sesetengah manusia yang menafikannya sedangkan perkara tersebut telah jelas dalam  Al-Quraan dan hadis.  
Seperti yang yang termaktub di dalam hadis riwayat muslim “islam pada awalnya asing, dan pada akhirnya kembali  menjadi asing, sebagaimana awal permulaanya, maka berbahagialah, orang yang asing itu”. Seperti yang kita maklum, pada zaman dahula pada masa permulaan islam yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w. pada masa itu masyarakat arab jahiliah memandang pelik terhadap agama islam ini malahan ada yang diantara orang arab jahiliyah menuduh Baginda Rasullulah s.a.w gila kerana membawa ajaran islam..Pada masa itu kaum kafir bukan tidak mengenali agama allah ini malahan ada diantara mereka sudah tahu akan perkara ini..tetapi mengapa mereka menolak agama islam yang mulia ini? 
            
             Hal ini kerana ada sesetengah pendeta mereka menyembunyikan kedatangan islam kerana takutkan mereka kehilangan kuasa. Selain itu, sikap takut kehilangan harta dan kuasa juga dapat dilihat dari kalangan masyarakat arab jahiliyah mekah kerana pada masa tersebut mekah terkenal sebagai pusat pembuat berhala terbesar… Lantas mereka menipu para penduduk sekitar Tanah Arab kerana mahukan ekonomi mereka tetap kukuh.. Islam juga  diakui oleh musuhnya akan kebenarannya oleh musuhnya seperti Abu Jahal yang terkenal akan sikap angkuhnya terhadap islam pernah mengintip rumah Rasullulah untuk mendengar  ayat Al-Quraan  yang dibaca oleh Rasullulah s.a.w dan mengakui bahawa ayat itu bukanlah dicipta oleh manusia kerana ketinggian bahasanya serta kecantikan nahunya.. Tetapi kerana takut akan kehilangan pengaruh, harta, pangkat dan lain-lainnya lantas Abu jahal membelakangkan kebenaran ajaran islam yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w. 
  Kebenaran  islam yang dahulunya diaggap sungguh pelik oleh masyarakat jahiliyah contohnya sujud dalam solat yang di mana meletakkan muka ke tanah separas dengan kaki telah diungkai oleh sains yang menunjukkan tentang kelebihan solat. Perkara tidak perlu saya ulas dengan panjang lebar tetapi kalau henda mendetahui layari laman ini www.greenappleku.com/2010/09/rahsia-solat-dari-sudut-sains-dan.html.
Seperti  yang di dalam hadis “pada akhirnya menjadi asing” dapat saya simpulkan bahawa ajaran islam yang kini menjadi asing semula selepas beribu tahun tersebar kerana kebanyakan diantara masyarakat kini mengaku islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup orang islam malahan ada diantara mereka menafikan hukum allah dan sunnah rasullulah dengan terang-terangan.. jikalau dahulu kita menyimpan janggut, memakai serban dan memakai jubah  diaangap biasa kerana sunnah rasullulah tetapi kini perkara itu telah dicopkan dengan tanda sebagai pengganas .. masyaallah. Malahan ada yang menyatakan tidak mengikut peredaran zaman..em, wanita pada masa kini boleh dikatakan 40% menyatakan malu untuk memakai jubah kerana tidak mengikut trend semasa.. Begitu dalam  sungguh dalam  kaum kuffar meracun fikiran masyarakat islam pada masa kini sehinggakan umat islam pada masa kini takut untuk menegakkan kebenaran kerana dek harta mereka, pangkat mereka dan kehidupan lantas membiarkan maksiat berleluasa..
Em, sampai disinilah celoteh ana, kerana ana berpegang pada satu hadis nabi “ sampaikanlah walau satu ayat” semoga kita dapat bersama-sama bermujahadah dalam melawan hawa nafsu dan dapat menegakkan kembali agama allah ini.. wasalam.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalamul Hikmah

"Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati tidak Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa.
Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki..."