Assalamualikum warahmatullah.., alhamdulilah setelah sekian lama ana mengidam untuk menjadikan arus media terkini iaitu internet sebagai medan dakwah dan perigatan untuk mengigati diri ana sendiri para sahabat serta remaja pada masa yang penuh dengan pancaroba dantekana dunia..em,, coretan ini sebagai satu permulaan dakwah dan jalan mujahadah untuk menjadikan media ini sebagai arus elektronik yang memperjuangkan agama allah dan memperingati semula setiap perkara yang telah diajarkan oleh Rasullulah s.a.w yang pada masa ini telah banyak yang kita tinggalkan dan paling menyedihkan terdapt sesetengah manusia yang menafikannya sedangkan perkara tersebut telah jelas dalam Al-Quraan dan hadis.
Seperti yang yang termaktub di dalam hadis riwayat muslim “islam pada awalnya asing, dan pada akhirnya kembali menjadi asing, sebagaimana awal permulaanya, maka berbahagialah, orang yang asing itu”. Seperti yang kita maklum, pada zaman dahula pada masa permulaan islam yang dibawa oleh Rasullulah s.a.w. pada masa itu masyarakat arab jahiliah memandang pelik terhadap agama islam ini malahan ada yang diantara orang arab jahiliyah menuduh Baginda Rasullulah s.a.w gila kerana membawa ajaran islam..Pada masa itu kaum kafir bukan tidak mengenali agama allah ini malahan ada diantara mereka sudah tahu akan perkara ini..tetapi mengapa mereka menolak agama islam yang mulia ini?







