Belimbing Buluh Cegah Aterosklerosis

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, pisang, mangga, belimbing dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui, buah-buahan mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk mendapat tubuh badan yang sihat.
     Nama belimbing tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut petua orang tua-tua dahulu, buah ini berfungsi sabagai perisa bagi menggantikan asam disamping mampu mengurangkan bau hanyir ikan.
     Belimbing buluh atau dikenali dengan belimbing asam atau nama saintifiknya, Averrhoa bilimbi L. merupakan salah satu daripada keluarga Oxalidaceae merupakan sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian yang mencecah sehingga 7 meter, Belimbing ini dipercayai berasal dari kawasan Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan juga Pulau Pinang serta banyak ditanam disekitar kawasan rumah.
    Bunganya yang berwarna merah selalu muncul pada batang serta ranting-rantingnya dan keunikannya, belimbing buluh ini tidak berbunga di hujung pucuk. Konsep pertumbuhan buah-buahan ini sama seperti buah durian. Buah belimbing berbentuk silinder yang berwarna kuning dan rasanya masam walaupun telah masak. Panjang buahnya antara tiga hngga lima sentimeter.


    Kajian mendapati bahawa ekstrak daripada buah, akar mahupun daun belibing buluh tersebut akan menghasilkan banyak sebatian kimia yang telah terbukti secara tradisional dan secara saintifiknya dalam mencegah pelbagai jenis penyakit.
    Kandungan sebatian utamanya ialah Sianidin-3-0-glukosa, asid sitrik, Vitamin A dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain. Namun ingin diingatkan bahawa bagi pesakit yang mengalami sakit batu karang elakkan daripada memakan buah ini kerana takut dikhuatiri buah belimbing yang segar mengandungi asid oksalat yang tinggi sehingga mampu memudaratkan pesakit tersebut.
    Selain itu, belimbing buluh ini juga digunakan dalam perubatan tradisional. Daun belimbing ini digunakan untuk menghilangkan sengatan dan buas gigitan binatang mahupun serangga dengan menyapu daun yang telah ditumbuk lumat dikawasan yang terkena gigitan. Daunnya juga boleh merawat penyakit sifilis iaitu sejenis penyakit kelamin yang terjangkit akibat daripada terkena virus parasit Treponema Palidum.
    Tambahan pula, air rebusan belimbing digunakan sebagai minuman yang boleh menyembuhkan penyakit radang usus dan selalunya bidan akan memberikan air minuman berupa jus belimbing khusus kepada wanita yang selesai bersalin kerana airnya yang masam sesuai dijadikan tonik untuk menambah tenaga kerana banyak tenaga yang terbuang sewaktu hendak melahirkan anak dan ini menyebabkan badan pun akan menjadi semakin lemah. Buahnya pula boleh diminum bagi mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis dan juga dapat mengelakkan mabuk. Serbuk bunganya boleh mengubati penyakit gigi apabila dibancuh dengan air kemudiannya dijadikan pes untuk ditampal pada gusi yang sakit.
     Menurut kajian saintifik pula, ekstrak etanol daripada daun belimbing menunjukkan aktiviti hipiglisemia iaitu keadaan kekurangan kepekatan glukosa di dalam darah. Kesannya, buah ini merupakan satu alternatif untuk menangani penyakit diabetes. Tahap gliserat juga dapat diturunkan dengan menurunkan kadar kandungan asid lemak tak berester dan meningkatkan kolestrol lipoprotein berkatumpatan tinggi (HDL-C) iaitu lebih dikenali kolestrol baik untuk badan. Oleh itu, ekstrak ini berpotensi untuk mengelakkan pembentukan aterosklerosis dan juga penyakit jantung koronari yang merupakan komplikasi sekunder bagi penyakit diabetes melitus.
    Di samping itu, ekstrak etanol buah belimbing buluh pula menunjukkan aktiviti antimikrob ke atas bakteria seperti Bacillus Cereus, B.Megaterium, Escherichia Coli, Pseudomonas Aeruginosa. Buah ini menyebabkan tindak balas ke atas fungus seperti Aspergillus Ochraceous dan Cryptococcus Neoformans.
   Akhir kalam, belimbing buluh mempunyai 1001 rahsia yang masih belum dapat dirungkai sepenuhnya. Subhanallah!! Sungguh hebat ciptaan Allah kerana sebiji buah mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terkira nilainya..
Wallahualam...    

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalamul Hikmah

"Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati tidak Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa.
Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki..."