Bahaya ....Serangan ke atas Muslimah...

Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-gambar di dalam Facebook yang datanya berpengkalan di Israel, telah discan dan diedit bagi jadi gambar bogel. Mesej tersebut tersebar minggu lepas.

Agak-agak, ada ke orang nak percaya? Di sini, saya ingin kemukakan BUKTINYA!. Seorang sahabat kepada mangsa telah diedit gambarnya sehingga jadi gambar bogel. Nama mangsa dirahsiakan. Beliau tersedar gambar beliau terpapar dengan gaya lucah 2 hari selepas mesej tersebut tersebar.

Satu lagi aduan, kes yang sama, tentang gambar seorang perempuan bertudung, dan diedit sedang melakukan aksi lucah, dan gambar asal diambil di dalam Facebook. Sila lihat gambar yang telah di"blur"kan di bawah ini..


Sebenarnya gambar di atas menunjukkan bagaimana orang yang tidak bertanggungjawab meragut kesucian muslimah pada masa kini. Walaupun gambar tersebut adalah di edit. Tetapi sajauh mana bagi seseorang yang cetek ilmu IT itu hendak mempercayai gambar itu adalah gambar tipu. Sebenarnya muslimah yang beriman akan menjaga auratnya dan maruah dirinya dari dihambur dengan fitnah yang menerjah manusia kebanyakan pada hari ini..

Wahai muslimah sekalian, Ana nak kongsikan kepada anta article dari srikandi umar..

TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN/MEMANIPULASI GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang berkerudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, telah nampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah licik.

Post kali ini, saya coba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, coba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa bagian gambar perempuan berkerudung yang dirasakan cocok dengan gambar bugil, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan kerudung tersebut. Kemudian, di”rubah & di timpah/tumpuk” pada tubuh mana saja yang tidak berpakaian.

Maka, akan menjadi seorang wanita yang berkerudung, tetapi tidak berpakaian (bugil). Perbuatan kotor ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sadar, bisa-bisa gambar kalian yang terkena.

Lebih buruk lagi, apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang sudah dirubah, dengan mudah di cari di web. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubah sesuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak.

Nauzubillah .. lihatlah semakin canggih teknologi. Semakin manusia hilang sifat kemanusiaan sehinggakan mereka sanggup menyerang muslimah dengan serangan yang keji. Wahai sahabatku inginkah kamu menjadi mangsanya. Nauzubillah mudahan kamu dijauhkan dari mereka yang keji dan dayus ini.. Mudahan Allah melindunggi saudara wanitaku terutamanya mereka yang menjaga syariat agama ini..

Ingatlah Saudara Muslimahku………

Kau umpama permata yang berseri,,

Hidupmu didalam kaca keimanan yang dipagari,

Bukanlah dirimu akan rugi,

Dek tidak dapat ditatap oleh seorang lelaki,

Bahkan sebenarnya dirimu bertambah berseri,

Tidak dapat disentuh mahupun cuba digauli,

Itulah sebenarnya sifat muslimah sejati,

Bukan mudah untuk didekati,

Kerana dikau begitu suci dan murni,

Bukan untuk seberangan lelaki,

Dirimu hanya untuk suami dan Rabbi,

Selepas diijabkabulkan dalam mahligai hakiki,

Bersama mencari keredaan ilahi,

Sesunggunya dikaulah Permata di dunia ini,

Bahkan dikau juga  menjadi bidadari di akhirat nanti,





0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalamul Hikmah

"Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati tidak Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa.
Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki..."