Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan

7 MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
 
1.      Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
 
2.      Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
 
3.      Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya
 
4.      Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
 
5.      Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
 
6.      Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
 
7.      Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
 
8.      Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. "
 

10 PERINGKAT MENJADI ORANG BERIMAN



1.      Tidaklah hamba dilangit dan dibumi tergolong hamba yang beriman, sehingga dia berlaku lembut   terhadap manusia .
 
2.      Tidaklah dia termasuk orang yang lembut, sehingga dia menjadi seorang muslim .
 
3.      Tidaklah dia termasuk seorang muslim, sehingga orang lain selamat dari(gangguan) tangan dan lidahnya .
 
4.      Tidaklah dia termasuk seorang muslim, sehingga dia menjadi orang yang alim .
 
5.      Tidaklah dia termasuk orang alim, sehingga dia mengamalkan ilmu nya .
 
6.      Tidaklah dia termasuk orang yang mengamalkan ilmunya, sehingga dia menjadi hamba yang zahid .
 
7.      Tidaklah dia termasuk hamba yang zahid, sehingga dia menjadi hamba yang warak .
 
8.      Tidaklah dia menjadi hamba yang warak sehingga dia menjadi hamba yang merendahkan dirinya .
 
9.      Tidaklah dia tergolong hamba yang merendahkan dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang mengenal dirinya .
 
10.  Tidaklah dia tergolong hamba yang mengenal dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang berakal dalam percakapannya . (Mafhum hadis Rasulullah s.a.w)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalamul Hikmah

"Hidupnya Jiwa Adalah Kerana ILMU, Maka Rebutlah ILMU, Matinya Jiwa Adalah Kerana Kejahilan, Maka,Hindarilah Kejahilan. Biar Zaman Berubah, Tetapi Hati tidak Goyah, Silakan Masa Berganti, Tetapi Keyakinan Jangan Mati, Ia adalah Intan Paling Mahal, Berharga dan Permata Penyeri Jiwa.
Jaga Iman Kukuhkan Hati Demi Islam yang Hakiki..."